"MUTIARA KATA"

" jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan....,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...,
ujian adalah tarbiyah dari Allah..,
adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya?,
kesenangan yang datang selepas kesusahan....,
semuanya adalah nikmat dari Allah.."

"MUTIARA KATA"

ILMU IALAH JAMBATAN UNTUK MENGHARUNGI SELAUTAN CABARAN

"MUTIARA KATA"

sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan kerana disitu terciptanya kerinduan,hargai kedua2nya kerana itulah rahmat Tuhan...

"MUTIARA KATA"

Orang yang berakal itu orang yang dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (keji).-imam as-shafie-

"MUTIARA KATA"

Hendaklah akalmu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab setelah kamu menjadi ketua, tiada jalan lain bagi kamu mencari pengetahuan.-imam as-shafie-

"MUTIARA KATA"

Barangsiapa takut Allah nescaya tidak dapat lihat marahnya. Dan barangsiapa takutkan Allah tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.-saidina umar-

"MUTIARA KATA"

Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan ujub dengan sesuatu daripada perhiasan dunia, nescaya Allah murka kepadanya hingga dia menceraikan perhiasan itu.-saidina abu bakar-

"MUTIARA KATA"

Jangan kamu mengharapkan seseorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya-saidina ali-







My Photo
Name:
Location: Pendang, Kedah, Malaysia

Seorang mujahidah yang bergelar pelajar, isteri dan ibu. Masih bertarung untuk memegang segulung ijazah dari Universiti Al-Azhar As-Syarif dalam usia muda. Telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t seorang mujahid dari Pahang Darul Makmur buat peneman jiwa, juga seorang bayi yang comel.


























Cognitive Development Model

syathibi anakku

LAGU KANAK-KANAK KLASIK ASAS PEMBENTUKAN SAHSIAH

PENDIDIKAN AWAL PENENTU KEJAYAAN, KEPERIBADIAN ANA...

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN PANDUAN MENDIDIK CAHAYA MATA...

Salurkan bakat seni anak

Tips kreatif agar anak gemar merawat gigi.

Permainan mengasah kecerdasan indrawi anak

Cara sederhana bantu kecerdasan inderawi anak

Doa untuk anak soleh





June 2008 July 2008 August 2008





Cognitive Development Model
Model ini disampaikan oleh Jean Piaget (1896-1980). Menurut Piaget ada empat tahapan perkembangan kognisi manusia, sebagai berikut :

1. Tingkat Sensorimotor (0-2 thn)
Anak mulai belajar dan mengendalikan lingkungannya melalui kemampuan panca indra dan gerakannya. Perilaku bayi pada tahap ini semata-mata berdasarkan pada stimulus yang diterimanya. Sekitar usia 8 bulan, bayi memilki pengetahuan object permanence yaitu walaupun object pada suatu saat tidak terlihat didepan matanya, tidak berarti objek tersebut tidak ada. Sebelum usia 8 bulan bayi pada umumnya beranggapan bahwa benda yang tidak mereka lihat berarti tidak ada. Pada tahap ini, bayi memiliki dunianya berdasarkan pengamatannya atas dasar gerakan/aktivitas yang dilakukan orang-orang disekelilingnya.

2. Tahap Preoporational (2-7 thn)
Anak-anak pada tahap ini sudah mampu berpikir sebelum bertindak, meskipun kemampuan berpikirnya belum sampai pada tingkat kemampuan berpikir logis. Masa 2-7 thn, kehidupan anak juga ditandai dengan sikap egosentris, dimana mereka berpikir subyektif dan tidak mampu melihat obyektifitas pandangan orang lain, sehingga mereka sukar menerima pandangan orang lain.

Ciri lain dari anak yang perkembangan kognisinya ada pada tahap preporational adalah ketidakmampuannya membedakan bahwa 2 objek yang sama memiliki masa, jumlah atau volume yang tetap walaupun bentuknya berubah-ubah. Karena belum berpikir abstrak, maka anak-anak di usia ini lebih mudah belajar jika guru melibatkan penggunaan benda yang konkrit daripada menggunakan hanya kata-kata saja.

3. Tahap Concrete (7-11 thn)
Pada umumnya, pada tahap ini anak-anak sudah memiliki kemampuan memahami konsep konservasi (concept of conservacy), yaitu meskipun suatu benda berubah bentuknya, namun masa, jumlah atau volumenya adalah tetap. Anak juga sudah mampu melakukan observasi, menilai dan mengevaluasi sehingga mereka tidak se-egosentris sebelumnya. Kemampuan berpikir anak pada tahap ini masih dalam bentuk konkrit, mereka belum mampu berpikir abstrak, sehingga mereka juga hanya mampu menyelesaikan soal-soal pelajaran yang bersifat konkrit. Aktifitas pembelajaran yang melibatkan siswa dalam melibatkan siswa dalam pengalaman langsung sangat efektif dibandingkan dengan penjelasan guru dalam bentuk verbal (kata-kata).

4. Tahap Formal Operations (11 thn ke atas)
Pada tahap ini, kemampuan siswa sudah berada pada tahap berpikir abstrak. Mereka mampu mengajukan hipotesa, menghitung konsekuensi yang mungkin terjadi serta menguji hipotesa yang mereka buat. Kalau dihadapkan pada suatu persoalan, siswa pada tahap perkembangan formal operational mampu memformulasikan semua kemungkinan dan menentukan kemungkinan yang mana yang paling mungkin terjadi berdasarkan kemampuan berpikir analistis dan logis.

Walaupun pada mulanya, piaget beranggapan bahwa pada usia sekitar 15 tahun, hampir semua remaja akan mencapai tahap perkembangan formal operation ini. Namun kenyataan membuktikan bahwa banyak siswa SMU bahkan sebagian orang dewasa sekali pun tidak memiliki kemampuan berpikir dalam tingkat ini.
syathibi anakku
LAGU KANAK-KANAK KLASIK ASAS PEMBENTUKAN SAHSIAH
Lagu kanak-kanak klasik asas pembentukan sahsiah
Oleh Rosnah Ahmad

ARWAH ibu gemar memdodoi anak-anaknya dengan zikir dan menyanyikan lagu kanak-kanak klasik Melayu yang penuh dengan mesej dan aksi. Kini, saya turut melakukan perkara sama kepada anak-anak mengikut tahap perkembangan mereka. Guru dan pengasuh yang bekerja di taska, pusat jagaan dan tadika saya juga diminta menggunakan cara sama kepada kanak-kanak dalam jagaan mereka.

Arwah ibu kerap menyanyi ‘cak cekur udang gamit, minta cekur bagi kunyit’. Lagu ini dinyanyikan apabila anak sudah boleh membuka dan menutup tangan pada sekitar usia tujuh bulan. Anak diajar untuk membuka dan menutup tangannya mengikut lagu yang dinyanyikan. Ia sebenarnya membantu menguatkan otot-otot jari dan tangan anak. Kemudian anak dengan sendirinya akan menggayakan tangannya setiap kali lagu ini dinyanyikan. Ia adalah kegiatan yang menggembira dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Apabila pandai menggunakan jari telunjuk sekitar usia sembilan bulan, arwah ibu suka menyanyikan lagu:Tun-tun nukut,Nukut dalam cupak, Mana tikus mondok, Menyorok bawah ketiak.Lagu ini digayakan anak dengan mengetuk-ngetuk satu jari telunjuk ke tapak tangan yang satu lagi. Apabila habis lagu dinyanyikan, ibu akan menggeletek bawah ketiak anak supaya berasa geli dan ketawa. Pada peringkat ini anak juga diajar menepuk tangan dengan lagu Tepuk Amai-Amai.Apabila anak bertatih belajar berjalan lagu berikut dinyanyikan:Tak teh kayu api, Sudah letih jalan lagi. Lagu lain yang dinyanyikan oleh arwah ibu, termasuk Buai Laju-Laju, Rasa Sayang, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat dan Tebang Tebu.

Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun. Lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam, taat kepada Allah, nasihat, nilai moral tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu ini.

Malangnya, lagu ini semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Dari sini, keyakinan diri mereka akan terbentuk. Mereka seterusnya, akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar.Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan.

Zikir dan lagu klasik Melayu menepati ciri itu. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang diberi kepada anak. Setiap arahan perlu tepat, jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai. Contohnya, permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi, menggalakkan perkembangan fizikal dan membantu anak mengenali konsep rendah dan tinggi.Perkembangan akal kanak-kanak ditingkatkan melalui permainan berlagu, terutama lagu yang menggunakan gerak tangan.

Saya sangat suka lagu Air Pasang Dalam yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Ia baik untuk perkembangan emosi dan sosial anak.Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan matematik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar, contohnya, mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna.Kegiatan nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.

Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa dia akan membesar menjadi anak cergas. Ia seperti sabda Rasulullah saw bermaksud:“Keaktifan anak pada masa kecil akan menambah kecerdasannya ketika dewasa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sebagai ibu bapa, kita juga mesti memahami bahawa kanak-kanak gemarkan nyanyian dan pergerakan. Mereka banyak belajar melalui nyanyian dan permainan. Ada ibu bapa yang agak malu untuk menyanyi dan melakukan aksi lagu bersama anak-anak. Sikap ini mesti dikikis dan digantikan dengan sikap memupuk minat berkreatif melalui zikir, nasyid dan nyanyian.Setiap aksi mesti dimulakan oleh ibu bapa kerana anak suka meniru. Ia adalah antara kegiatan masa berkualiti yang harus dilakukan setiap hari bersama anak-anak supaya mereka gembira, dihargai dan disayangi.
PENDIDIKAN AWAL PENENTU KEJAYAAN, KEPERIBADIAN ANAK.
Wadah Wanita Islam:
13 April 2005
Pendidikan awal penentu kejayaan, keperibadian anak
Oleh Rosnah Ahmad

CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah satu natijah daripada amalan dan pengalaman yang mereka lalui.Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejak kecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.

Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Ia antara faktor penentu kejayaan anak pada masa depan.‘Izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk membina sahsiah anak sejak kecil.

Kajian mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah. Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.

Berikut adalah 10 tips penting yang perlu disemai dalam diri anak untuk mencapai tujuan itu.
Melahirkan hubungan kasih sayang, rapat dan berasa selamat sejak bayi dilahirkan.

Rangsangan peringkat awal ini penting dan tidak dapat diambil alih oleh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya kanak-kanak berasa diketepikan dan tidak diterima, ia sukar untuk membina keyakinan dan mempelajari sesuatu. Kasih sayang yang diberikan mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil kira rupa paras dan kebolehan mereka. Kita harus berlaku adil kepada anak. Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri anak-anak. Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Samakanlah pemberian antara anak seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yang sama kepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Hadis riwayat Muslim).

Fahami dunia dan emosi anak dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mengenakan butang baju mungkin masalah besar kepada anak berumur tiga tahun. Apabila memberikan perhatian dan menggalakkan mereka menyelesaikan masalah, anak akan berasa lebih yakin diri.

Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan anak. Kita hendaklah membetulkan ‘perbuatan’ salah laku mereka, bukan diri mereka. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan itu akan merosakkan buku. Elak memarahi dengan mengatakan mereka nakal. Dengan cara ini, anak akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidak disukai.

Tetapkan peraturan dan terangkan sebab peraturan itu diberikan kepadanya. Kanak-kanak belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letih untuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah cara mereka belajar mengingati sesuatu. Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidak selalu menukar peraturan, terutama pada kanak-kanak yang masih kecil. Mereka mungkin tidak akan belajar cara membuang sampah yang betul sekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.

Galakkan anak membuat pilihan sendiri. Elakkan memaksa anak menerima saja keputusan yang dibuat. Bagi kanak-kanak kecil, berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkan mereka memilih. Ia seperti memilih untuk memakai baju hijau atau biru dan makan nasi atau mi.

Membina pengalaman baru dalam diri anak. Beri sokongan kepada mereka apabila mengambil risiko positif seperti belajar menunggang basikal. Kegiatan ini walaupun berisiko, namun jika anak tidak mencuba, kejayaan tidak akan dicipta dalam diri mereka. Ibu bapa dan guru perlu mencari keseimbangan antara melindungi anak dan membiarkan anak memperoleh kemahiran baru dalam hidup mereka. Kita mesti bersabar daripada terlalu membantu anak. Biarkan mereka mencuba sendiri dan belajar daripada kesilapan.

Tidak semua kesilapan akan membunuh keyakinan diri, sebaliknya memupuk sifat lebih berhati-hati. Anak yang tergelincir di tempat licin mungkin akan lebih berhati-hati apabila berjalan. Kadang-kadang mereka sememangnya perlu belajar daripada kesilapan.Mereka mungkin berkeras untuk melakukan sesuatu yang tidak sesuai seperti memakai baju tangan panjang pada cuaca panas. Biarkan mereka melakukan kesilapan. Bawa baju yang lain untuk ditukar apabila mereka merungut kepanasan. Kita tidak perlu memarahi lagi kerana sebenarnya mereka telah menyedari kesilapan dan akibat daripada kedegilan mereka.

Meminta maaf sekiranya ibu bapa melakukan kesilapan. Anak akan belajar bahawa melakukan kesalahan secara tidak sengaja adalah tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta maaf dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan.

Berilah pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha melakukan sesuatu. Perkara itu perlu dilakukan selalu dan segera untuk memberikan kesan. Contohnya, beri pujian pada anak yang mencuba untuk menyuap makanan sendiri walaupun tumpah dan comot. Dengan cara ini mereka akan lebih bersemangat dan tekun mencuba melakukan atau mempelajari sesuatu.Berbeza pula dengan memberi ganjaran apabila anak melakukan yang terbaik. Hal ini akan memberi tekanan kepada mereka untuk melakukan hanya yang terbaik.Elakkan juga daripada hanya menegur anak apabila melakukan kesilapan. Perkara ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka. Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendiri kerja di depan anak. Contohnya, jika anak menyepahkan mainannya, kita harus memimpin tangan anak, melutut pada lantai melakukan permainan menyimpan mainan sambil berkata “sekarang masanya untuk menyimpan mainan kamu.”Galakkan anak berkreatif secara bebas.

Jangan mengongkong anak dengan satu cara melakukan sesuatu. Contohnya, meminta anak melukis rumah mengikut bentuk yang biasa kita lukis. Semua kegiatan seni dan estetika baik untuk meningkatkan keyakinan mereka. Hargai hasil kerja anak dengan mempamer atau merakam aksi mereka.

Menggunakan disiplin secara positif. Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupan seharian mereka berdisiplin. Masa untuk kegiatan harian mestilah tetap dan tidak selalu diubah. Contohnya, masa makan dan belajar. Anak akan rasa lebih yakin, berdisiplin dan terdidik. Islam juga mendidik untuk mempunyai disiplin diri tinggi seperti solat dan puasa.Mengasuh dan mendidik anak adalah amanah Allah yang memerlukan komitmen tinggi dan berpanjangan. Apapun ia sememangnya sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kita mempunyai ilmu untuk melakukannya.

Perkongsian pengalaman dan ilmu keibubapaan sangat praktikal dan berharga. Ia mestilah sentiasa dipupuk dalam masyarakat supaya kita dapat membina anak yang lebih bersedia untuk menjadi khalifah Allah di bumi ini.

KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN PANDUAN MENDIDIK CAHAYA MATA
Kemahiran keibubapaan panduan didik cahaya mata
Oleh Nazilah Mohamad

AIMAN, 3, mula melakukan pelbagai perkara yang menggugat kesabaran ibu bapanya sebaik kelahiran adiknya.Jika dulu, ibu menegur atau memarahinya hanya dengan perkataan, nasihat dan belaian. Kini, ada kalanya teguran secara fizikal mula diterimanya. Pada mata ibu bapa perubahan itu tidak menggambarkan berkurangnya kasih sayang. Namun, di hati Aiman yang masih kecil, tetap memberi kesan yang tidak mudah dilupakan.Apa yang diterima Aiman hari ini dan mungkin beberapa tahun berikutnya boleh memberi kesan besar, tanpa disedari oleh ibu bapanya.

Contohnya, seorang murid saya berumur lapan tahun diketuk jarinya dengan pen kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, berkata: “Cikgu, di rumah, ayah saya pukul dengan tali pinggang.” Tentulah saya tidak akan menggunakan tali pinggang untuk membolehkannya membuat kerja. Namun, sebagai guru, saya mesti mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Pada masa sama membantunya berdisiplin bukan melalui kekerasan.

Nabi Muhammad saw mendidik seseorang pada zamannya dengan banyak mengguna dan mengutamakan pendekatan lemah lembut dan penuh dengan kasih-sayang. Antara langkah atau tahap mengajar, sebelum memukul adalah:
· Beritahu dan sebutkan secara terus terang perkara yang dibuat itu salah.
· Tunjukkan cara yang betul.
· Memujuk dengan cara lemah lembut dan berhikmah atau kreatif.
· Menggunakan isyarat.
· Mencela keburukan perangai (bukan kekurangan diri untuk tujuan menghina dirinya).
· Memulau atau tidak mempedulikannya dalam jangka waktu tertentu.
Pilihan terakhir adalah memukul atau merotan. Tindakan ini diambil selepas kaedah di atas tidak berkesan. Menghukum dengan memukul atau merotan mesti menggunakan kaedah atau cara pukul yang diizinkan dalam Islam.

Antara kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam adalah:
· Memukul atau merotan hanya dibenarkan kepada anak yang berumur 10 tahun ke atas.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah jika mereka enggan apabila berumur 10 tahun.” Ada tempat yang haram dipukul, umpamanya muka dan pula bahagian yang sensitif dan boleh mencederakan seseorang.
· Guru atau ibu bapa membetulkan niat memukul semata-mata untuk mendidik dan membetulkan keadaan atau sifat tercela, bukan untuk mendera atau melepaskan perasaan geram dan marah.
· Jika dalam keadaan marah dan panas, ambil langkah untuk meredakan perasaan marah dulu, dengan mengubah posisi diri. Contohnya, bagi yang sedang berdiri hendaklah duduk dulu atau yang sedang duduk perlu berdiri atau baring. Atau keluar dari bilik atau bilik darjah sebentar. Ambil wuduk, solat sunat, kemudian baru pukul dengan membaca doa dan selawat (untuk kesejahteraan anak) dan memukul dengan nama Allah.

Pakar psikiatri dari Hospital Kota Bharu, Kelantan, Dr Khairi Che Mat dalam kajian fisiologi rangsangan saraf ke otak menunjukkan bahawa keputusan dan tindakan ketika marah adalah tidak rasional. Selalunya adalah sembrono dan lebih memudaratkan perasaan dan mental anak-anak.
· Jangan sekali-kali meninggalkan konsep ‘mendidik’.
Pesan Rasulullah: “Hendaklah kamu mengajarkan mereka dan jangan berkeras. Sesungguhnya orang yang mengajar itu lebih baik daripada orang yang berkeras.”
Dr Khairi juga menasihatkan agar ibu bapa/guru supaya memberikan maklum balas kepada setiap perbuatan anak sama ada betul atau salah.Jika perbuatan mereka betul, berikan dia ‘pengukuhan positif’ dalam bentuk pujian atau ganjaran. Jika salah, berikan ‘pengukuhan negatif’, seperti teguran atau hukuman. Jangan sampai, anak kita kata, ‘apa yang saya buat selama ini, semuanya salah’. Sebelum ini kita tidak pernah iktiraf atau memberi perakuan terhadap perbuatannya yang betul. Sebaliknya, kita hanya menegurnya jika perbuatannya salah. Jika keadaan ini (hanya menegur ketika salah laku) berterusan, anak-anak akan suka membuat perbuatan salah.

Merotan walaupun cara terakhir dalam mendisiplinkan pelajar, kesan negatifnya pasti ada. Hampir semua ibu bapa akan malu, tercabar, geram atau marah apabila anak dihukum dan diperkatakan di hadapan orang lain. Ibu bapa, yang paling hampir dengan anak.

Oleh itu, kitalah orang pertama yang perlu berasa bersalah. Bagaimanapun, tanggungjawab mencorak masa depan anak memang tidak terletak di tangan ibu bapa semata-mata. Pengaruh luar sama ada positif atau negatif tetap memainkan peranan besar. Ada antaranya tidak dapat ditangani, lalu memberi kesan buruk berpanjangan dalam kehidupan. Biar apapun alasannya, orang dewasa yang sebenarnya lebih banyak menentukan sama ada anak itu hanya perlu dibelai atau mesti dipukul bagi memenuhi tanggungjawab atau mendisiplinkannya.Jika diberi pilihan, pasti tiada ibu bapa normal, ingin memukul anaknya, apatah lagi membenarkan orang lain melakukannya.

Faktor ‘kecerdikan emosi’ ibu bapa dan pendidik perlu diasah selalu:· Fitrah manusia berasa perlu dilindungi dan dikasihi untuk ketenangan akal fikiran dan jiwa. Demikian juga anak-anak, mereka memerlukan keprihatinan orang dewasa dalam setiap kegiatan kehidupan.

Oleh itu, ibu bapa atau guru perlu mengemas kini pengetahuan dalam mendidik dan memanfaatkan bidang ilmu terkini dalam pendidikan anak.
· Anak-anak perlukan peribadi contoh atau ‘role model’ untuk diikuti. Ibu bapa adalah peribadi terhampir dengan mereka, yang boleh menampakkan usaha, kesusahan dan pencapaian kepada anak. Pada masa sama datangkan padanya model terunggul untuk diikuti iaitu Rasulullah. Sampaikan kisah kehidupan Baginda yang telah diterima Timur dan Barat sebagai pemimpin, suami, bapa dan datuk terbaik.Bagindalah yang membentuk dan membelai cucunya, Hassan dan Hussin hingga terpahat menjadi teladan, sesuai dengan sabda Baginda bermaksud: “Hendaklah engkau berlaku lemah-lembut dan jauhkanlah daripada berkasar dan berkeras (perkataan dan perbuatan).”
· Menghormati keperluan, kehendak dan perasaan anak adalah satu tanggungjawab. Namun, setiap kita mesti tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak. Keperluan mesti dipenuhi, namun kehendak tiada batasnya kerana ‘kehendak’ lebih berasaskan kepada nafsu. Kehendak dan kerenah perlu diubah suai supaya boleh menjadi bimbingan.
· Ibu bapa hendaklah menerima anak-anak seadanya tanpa syarat, dengan segala kebaikan dan keburukannya, kebolehan dan kekurangannya. Ibu bapa juga mesti belajar menerima dan mengiktiraf perasaan dan pandangan anak walaupun ia bercanggah dengan pandangan mereka.Jangan sekali terlalai untuk memberi pujian dan menghargai perlakuan baik anak kerana itu akan menjadi insentif nombor satu dan ingatan bermakna, meskipun tanpa hadiah yang dinilai dengan wang ringgit.
· Pasti ada kalanya anak melakukan kesilapan. Ambillah kesilapan sebagai pengajaran dan permulaan menuju kejayaan. Sentiasa ingatkan diri bahawa Islam tidak menggalakkan kekerasan. Dalam mendidik atau menasihati anak, ibu bapa disuruh menggunakan cara yang lembut dan ringan terlebih dulu dan beransur-ansur bertukar kepada yang lebih berat sekiranya tiada perubahan. Perlu diingat bahawa ibu bapa adalah orang yang paling tahan ujian, sabar dan bertawakal kepada Allah ketika mendidik, apatah apabila mengalami kegagalan dalam membentuk anak yang diharap-harapkan.
· Memahami perkembangan emosi anak. Anak-anak menunjukkan pelbagai ragam yang sebahagiannya menggugat kesabaran. Emosi negatif anak mesti ditangani dan dibelai dengan ilmu. Usaha berterusan perlu untuk menjauhkan mereka daripada terus terbawa-bawa tingkah laku demikian hingga besar dan mempengaruhi sikap mereka.
Kepincangan dalam perkembangan emosi boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan, terutama dari segi mental.Apabila mental mereka terjejas, punahlah harapan ibu bapa untuk menatang anak cergas yang berjaya.

· PENULIS ialah guru dan boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan sebarang jawapan permasalahan boleh layari wanitajimceria.blogspot.com
Salurkan bakat seni anak
Memperhatikan dan menunjukkan penghargaan terhadap hasil kerja yang ditunjukkan oleh anak dapat memberikan semangat dalam mengembangkan bakat dan ketrampilannya.

Jangan membiarkan setiap hasil karya anak menumpuk begitu saja, cobalah untuk membicarakan kepada anak untuk memilih salah satu atau dua dari sekian banyak hasil karya yang paling disukainya. Buatlah peraturan bahwa setiap tahun anak hanya diperkenankan untuk menyimpan 5 karya yang paling disukainya. Atau anda juga bisa memotret dan menyusun karyanya dalam sebuah album, sehingga anak bisa melihat kekurangan hasil karyanya.

Untuk menyimpan hasil karya anak, ajaklah anak memilih map dan rak yang disukainya. Bantu anak menyusun dan menyimpan berbagai hasil karyannya dengan rapi. Dengan begitu anda sudah mengajarkan ketrampilan dalam menyusun data dan nantinya sangat berguna saat anak berada di dunia kerja.

Siapkan sebuah papan khusus di kamarnya agar bisa digunakan untuk memasang gambar yang telah dibuatnya. Jika sudah bosan, maka dia akan mengganti gambar tersebut dengan gambar lainnya. Mintalah untuk menyimpan hasil karyanya yang lama di tempat yang telah anda siapkan.

Jika anak senang berkarya di rumah, maka penuhi semua kebutuhan yang diinginkan seperti krayon, spidol atau lainnya. Lalu sediakan tempat khusus untuk menyimpan berbagai perlengkapannya itu.

Ada baiknya jika hasil karyanya anda berikan sebagai hadiah untuk nenek, kakek atau lainnya. Agar anak merasa hasil karyanya dihargai oleh orang sekitarnya
Tips kreatif agar anak gemar merawat gigi.
Peran orangtua sangat penting untuk mengajarkan anak gemar merawat gigi sejak dini dengan baik. Karena Perawatan gigi dan mulut lebih maksimal jika dilakukan sejak usia 1 tahun. biasanya anak malas atau enggan menyikat giginya.

Untuk mengatasi kemalasan dan keengganan anak menyikat giginya, dibutuhkan cara kreatif agar anak-anak mulai menyukai kegiatan menyikat gigi dan membiasakan perawatan gigi dan mulut secara efektif.

Berikut beberapa tips dari Pepsodent yang bisa diterapkan pada anak anda...
1-Pilihlah pasta gigi favorit si kecil.
Berikan pasta gigi dengan rasa kegemarannya seperti strawberry dan orange agar kegiatan menyikat gigi semakin menyenangkan bagi si kecil. Jangan lupa ajarkan anak untuk tidak menelan pasta giginya dan berkumur setelah menggosok gigi.

2-Tempat yang asyik.
Jadikan tempat aktivitas menyikat gigi semenarik mungkin agar si kecil senang dan nyaman. Sebagai contoh alternatif, hiasi cermin dan wastafel dengan warna kesukaannya atau karikatur favoritnya. Ajaklah dia sikat gigi bersama sambil bercermin, pada kesempatan itu, ajarkan bagaimana cara tepat menyikat gigi.

3-Hari sikat gigi keluarga.
Cara satu ini membutuhkan partisipasi seluruh anggota keluarga, dimana satu kali dalam sehari seluruh anggota keluarga wajib melakukan kegiatan sikat gigi bersama. Agar tidak bosan, iringi sikat gigi bersama keluarga ini dengan musik yang ceria ataupun favorit keluarga anda. Akan sangat baik jika moment sikat gigi bersama ini dilakukan tepat sebelum tidur malam. Selain merupakan waktu sikat gigi yang paling efektif, moment inipun bisa dijadikan ritual baru antara orangtua dan anak seperti ritual dongeng sebelum tidur.

Untuk memberikan motivasi agar rutin menyikat gigi, setiap kali anda mengajak si kecil menyikat gigi, berikan box atau dompet special berisikan sikat gigi, gelas, handuk kecil yang menarik. Atau temakan sesuatu seperti warna atau tokoh kartun idola.

Selingi sesi dongeng malam hari si kecil dengan mini operet menggunakan boneka koleksinya atau buatan anda sendiri. Salah satu ide cerita, tentang keluarga kuman yang senang tinggal di mulut yang kotor dan penuh sisa makanan. Karena banyak kuman, gigi akan sakit dan ngilu karena keluarga kuman yang suka sekali menggerogoti gigi.

Kualitas generasi penerus bangsa yang baik bisa dididik sejak dini. Sama halnya merawat gigi sejak dini harus dilakukan dengan waktu dan cara yang benar agar tumbuh kebiasaan yang baik di kemudian hari.
Permainan mengasah kecerdasan indrawi anak
Dalam artikel sebelumnya, "Cara Sederhana Bantu Anak Kembangkan Kecerdasan Inderawi" telah disebutkan bahwa kecerdasan inderawi anak akan bermanfaat untuk membantunya memecahkan masalah.
Untuk itu, peran orangtua sangat dibutuhkan untuk memberikan stimulasi yang dapat mengasah kecerdasan inderawi anak.

Berikut ini disajikan kembali kebaikan dr. Ariani dalam parenting islami yang memberikan alternatif permainan, yang bisa anda coba lakukan bersama buah hati anda.

Buah untuk dilihat, dicium dan dicicipi, cocok untuk anak berumur 2 tahun ke atas.
Cara bermain : Sediakan buah-buahan (misalnya apel merah, pisang, jeruk anggur). Kemudian, perlihatkan dan perkenalkan kepada si kecil nama buah satu per satu. Mintalah si kecil untuk menyebutkan kembali nama-nama buah-buahan tersebut. Setelah mengenal warna si kecil dapat anda ajak diskusi mengenai warna,rasa, tekstur dan lain-lain..

Variasi. Anda dapat menggunakan buah plastik (tentunya tidak ada kegiatan mencium dan mencicipi). Menggunakan aneka sayur atau daging sebagai pengganti buah-buahan. Menutup mata dengan sapu tangan, dan minta ia menebak buah yang sedang dipegangnya, atau yang kita masukkan ke mulutnya.

Berjalan-jalan sambil mendengar suara, pantas untuk anak berumur 5-7 tahun.
Untuk melakukannya, bila mungkin bawalah tape recorder untuk merekam suara-suara yang anda dan si kecil dengar selama perjalanan, alternatif lain, bawalah buku catatan.
Cara bermain, ajak si kecil berjalan-jalan. Tak perlu jauh, ke taman dekat rumah juga boleh anda bisa katakan pada si kecil, Selama perjalanan kita hanya boleh mrndengar dan tidak boleh bersuara. Atau bisa saja tidak ada aturan itu, namun anda dan si kecil bisa saja berhenti sejenak di beberapa tempat dan mendengar suara di sekitarnya.


Pada saat berhenti, ciptakan suasana hening, sehingga banyak suara-suara itu dengan tape recorder. Setelah sampai di rumah, anda bisa memutar tape recorder dan melakukan diskusi tentang suara yang direkam tersebut. Bila anda menggunakan buku catatan, diskusikan berdasarkan hasil catatan.
Sebagai variasi. Anda juga bisa pergi ke tempat yang jarang didatangi si kecil, seperti pantai atau gunung. Disana si kecil bisa mendengar debur ombak atau gemerisik aliran sungai.


Mencium toples dengan aroma yang berbeda, baik dilakukan untuk anak berumur 3 tahun. Material yang dibutuhkan, 8 buah toples dan 4 macam aroma yang berbeda (misalnya: kayu putih, mint, durian dan kopi).
Teteskan aroma tersebut di atas kapas. Masukkan kapas k edalam botol. Masing-masing aroma dimasukkan ke dalam dua toples yang berbeda. Beri tanda di bawah botol untuk pasangan botol dengan aroma yang sama. Taruh botol-botol tersebut di baki.
Cara bermain. Dekatkan salah satu botol ke hidung anak anda. Tanyakan, padanya, tentang aroma tersebut, bila si kecil tahu, lanjutkan ke botol yang lain. Bila si kecil tidak tahu, anda harus memberitahunya lalu lanjutkan ke botol yang lain. Setelah itu ajak anak untuk memasangkan botol yang aromanya sama.


Permainan kantong misteri.
Tepat untuk anak berumur 2 tahun ke atas.
Untuk melakukannya, anda membutuhkan 2 buah kantong dengan tali cord yang sama (tidak tembus pandang), 2 set benda dengan bentuk geometris berbeda (kubus, bola, prisma, dll). Masukkan benda tersebut ke dalam kantong, setiap bentuk ada dalam tiap kantong.
Cara bermain. Berikan satu kantong misteri pada anak, dan satunya lagi anda pegang. Masukkan tangan anda ke dalam kantong dan ambillah sebuah benda, contohnya kubus, keluarkan dan tunjukkan kepada buah hati anda, lihat, bunda dapat kubus.

Tanyakan, apakah si kecil ingat, nama benda ini kubus.

Minta anak anda untuk mengambil benda yang bentuknya sama dari kantong tanpa membukanya(ia hanya boleh meraba). Bila si kecil sudah mendapatkan, pujilah dia.
Selanjutnya, anda bisa coba dengan bentuk benda yang lain. Untuk permainan yang lebih sederhana, anda bisa lakukan dengan bentuk benda yang biasa ditemukan sehari-hari, misalnya sendok, pensil, bola kecil, dll. Selamat bermain..
Cara sederhana bantu kecerdasan inderawi anak
Diusia 3-4 tahun, seorang anak sedang mengembangkan pemahaman tentang berbagai informasi yang diterima oleh indra yang dimilikinya. Pemahaman tersebut berguna untuk melatih kecerdasan inderawinya. Akan lebih baik, jika orangtua membantu anak dalam proses perkembangan inderawinya.

Selain itu, menurut dr Ariani dalam tulisannya di parentingislami, kecerdasan inderawi anak akan bermanfaat untuk membantunya memecahkan masalah. Anak dapat memecahkan masalah secara tepat dan cepat.

Misalnya jika anak paham penciuman hidunglah yang memberitahu aneka bau, maka ia bisa segera menutup hidung ketika ada bau tidak sedap, sebelum ia ingin muntah. Sebaliknya anak bisa mengenduskan hidung lebih keras untuk ’melacak’ di mana mama menyimpan kue bolu yang baru masak.

Mempermudah eksplorasi. Anak bisa mengeksplorasi lingkungan lebih cepat. Begitu diberi tahu Bunga melati kecil, warna putih, dan baunya wangi, anak bisa cepat menemukan melati diantara aneka bunga. Ia tidak bingung mencarinya, karena sudah paham bahwa ia hanya perlu mengandalkan indra penciuman dan penglihatan.

Apa yang sebaiknya orang tua lakukan?
Charles A Samith, Ph D, Pakar kajian Keluarga dan Pengembangan Manusia dari Kansas State University Cooperative Extension menyarankan tehnik-tehnik berikut ini, jika anda berencana memperkaya pengalaman kesadaran indrawi untuk si kecil:
Ciptakan berbagai pengalaman.

Ajaklah anak bersama-sama menyiapkan dan mencicipi aneka makanan, mengendus bau tidak enak atau enak, menyimak sara-suara atmosfer (tetesan air keran bocor di bak mandi, sayup kokok ayam jantan, suara ikan digoreng, suara gelegak air mendidih, dan lain-lain).

Jadikan kegiatan jalan-jalan sebagai penjelajahan indrawi. Sepanjang aman dan memungkinkan, ajaklah anak-anak menyentuh permukaan tanah,bebatuan dan batang pohon, mencium wangi daun, bunga dan tanah basah, mendengarkan kemeresak daun ditiup angin, kicau burung dan lain-lain..

Kurangi bertanya perbanyak menyerap. Ketika anak sedang asik menjelajah panca inderanya, usahakan tidak mengusik mereka dengan berbagai pertanyaan. Jika anak bicara, arahkan kembali untuk mengamati, mencicipi, membaui, menyimak dan meraba.

Menyerap dulu baru berfikir dan bercerita. Setelah anak menjelajah dengan indranya, doronglah ia memikirkan dan mengungkapkan temuannya. Kenalkan kata-kata yang bisa melukiskan apa yang anak serap lewat panca indera ( misalnya : sepatu itu merah seperti buah jambu).

Ajarkan perbedaan kadar rangsangan indrawi. Warna dan tekstur bergradasi. Bau dan rasa bertingkat-tingkat ketajamannya. Bunyi punya bermacam-macam jenis dan volume. Tunjukkan 3-5 variasi warna, tekstur, bau, rasa dan bunyi pada anak. Mintalah ia mengurutkan dari yang tertinggi atau terendah, terkuat atau terlemah.
Doa untuk anak soleh
Doa agar anak2 patuh pada Allah SWTSURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

Doa agar anak2 mengerjakan SolatSURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41

Doa melembutkan hati anak2 yg nakalSURAH TAHA AYAT 1-6

Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hatiSURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74