"MUTIARA KATA"

" jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan....,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...,
ujian adalah tarbiyah dari Allah..,
adakah kita akan sabar ataupun sebaliknya?,
kesenangan yang datang selepas kesusahan....,
semuanya adalah nikmat dari Allah.."

"MUTIARA KATA"

ILMU IALAH JAMBATAN UNTUK MENGHARUNGI SELAUTAN CABARAN

"MUTIARA KATA"

sayangi sebuah perkenalan kerana disitu terciptanya kemesraan,sayangi sebuah persahabatan kerana disitu terciptanya kerinduan,hargai kedua2nya kerana itulah rahmat Tuhan...

"MUTIARA KATA"

Orang yang berakal itu orang yang dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (keji).-imam as-shafie-

"MUTIARA KATA"

Hendaklah akalmu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab setelah kamu menjadi ketua, tiada jalan lain bagi kamu mencari pengetahuan.-imam as-shafie-

"MUTIARA KATA"

Barangsiapa takut Allah nescaya tidak dapat lihat marahnya. Dan barangsiapa takutkan Allah tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.-saidina umar-

"MUTIARA KATA"

Sesungguhnya hamba itu apabila kedatangan ujub dengan sesuatu daripada perhiasan dunia, nescaya Allah murka kepadanya hingga dia menceraikan perhiasan itu.-saidina abu bakar-

"MUTIARA KATA"

Jangan kamu mengharapkan seseorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya-saidina ali-







My Photo
Name:
Location: Pendang, Kedah, Malaysia

Seorang mujahidah yang bergelar pelajar, isteri dan ibu. Masih bertarung untuk memegang segulung ijazah dari Universiti Al-Azhar As-Syarif dalam usia muda. Telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t seorang mujahid dari Pahang Darul Makmur buat peneman jiwa, juga seorang bayi yang comel.


























KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN PANDUAN MENDIDIK CAHAYA MATA...

Salurkan bakat seni anak

Tips kreatif agar anak gemar merawat gigi.

Permainan mengasah kecerdasan indrawi anak

Cara sederhana bantu kecerdasan inderawi anak

Doa untuk anak soleh

Petua Dr. Fadzilah Kamsah mendidik anak.

Hentikan kebiasaan anak hisap jari

Atasi kebiasaan bayi menghisap jari

Ajari bayi gemar membaca





PENDIDIKAN AWAL PENENTU KEJAYAAN, KEPERIBADIAN ANAK.
Wadah Wanita Islam:
13 April 2005
Pendidikan awal penentu kejayaan, keperibadian anak
Oleh Rosnah Ahmad

CENDEKIAWAN pendidik Islam di Mesir, Dr Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak adalah satu natijah daripada amalan dan pengalaman yang mereka lalui.Perkara itu akan tersemat dalam jiwa serta hati sanubari anak sejak kecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah enam tahun.

Begitu besar kesan tarbiah atau pendidikan anak sejak kecil. Ia antara faktor penentu kejayaan anak pada masa depan.‘Izzah iaitu yakin kendiri (self-esteem) adalah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia adalah asas penting untuk membina sahsiah anak sejak kecil.

Kajian mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah. Ibu bapa, pengasuh dan guru, mesti peka terhadap perkara itu dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.

Berikut adalah 10 tips penting yang perlu disemai dalam diri anak untuk mencapai tujuan itu.
Melahirkan hubungan kasih sayang, rapat dan berasa selamat sejak bayi dilahirkan.

Rangsangan peringkat awal ini penting dan tidak dapat diambil alih oleh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya kanak-kanak berasa diketepikan dan tidak diterima, ia sukar untuk membina keyakinan dan mempelajari sesuatu. Kasih sayang yang diberikan mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil kira rupa paras dan kebolehan mereka. Kita harus berlaku adil kepada anak. Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri anak-anak. Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Samakanlah pemberian antara anak seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yang sama kepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Hadis riwayat Muslim).

Fahami dunia dan emosi anak dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mengenakan butang baju mungkin masalah besar kepada anak berumur tiga tahun. Apabila memberikan perhatian dan menggalakkan mereka menyelesaikan masalah, anak akan berasa lebih yakin diri.

Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan anak. Kita hendaklah membetulkan ‘perbuatan’ salah laku mereka, bukan diri mereka. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan itu akan merosakkan buku. Elak memarahi dengan mengatakan mereka nakal. Dengan cara ini, anak akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidak disukai.

Tetapkan peraturan dan terangkan sebab peraturan itu diberikan kepadanya. Kanak-kanak belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letih untuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah cara mereka belajar mengingati sesuatu. Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidak selalu menukar peraturan, terutama pada kanak-kanak yang masih kecil. Mereka mungkin tidak akan belajar cara membuang sampah yang betul sekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.

Galakkan anak membuat pilihan sendiri. Elakkan memaksa anak menerima saja keputusan yang dibuat. Bagi kanak-kanak kecil, berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkan mereka memilih. Ia seperti memilih untuk memakai baju hijau atau biru dan makan nasi atau mi.

Membina pengalaman baru dalam diri anak. Beri sokongan kepada mereka apabila mengambil risiko positif seperti belajar menunggang basikal. Kegiatan ini walaupun berisiko, namun jika anak tidak mencuba, kejayaan tidak akan dicipta dalam diri mereka. Ibu bapa dan guru perlu mencari keseimbangan antara melindungi anak dan membiarkan anak memperoleh kemahiran baru dalam hidup mereka. Kita mesti bersabar daripada terlalu membantu anak. Biarkan mereka mencuba sendiri dan belajar daripada kesilapan.

Tidak semua kesilapan akan membunuh keyakinan diri, sebaliknya memupuk sifat lebih berhati-hati. Anak yang tergelincir di tempat licin mungkin akan lebih berhati-hati apabila berjalan. Kadang-kadang mereka sememangnya perlu belajar daripada kesilapan.Mereka mungkin berkeras untuk melakukan sesuatu yang tidak sesuai seperti memakai baju tangan panjang pada cuaca panas. Biarkan mereka melakukan kesilapan. Bawa baju yang lain untuk ditukar apabila mereka merungut kepanasan. Kita tidak perlu memarahi lagi kerana sebenarnya mereka telah menyedari kesilapan dan akibat daripada kedegilan mereka.

Meminta maaf sekiranya ibu bapa melakukan kesilapan. Anak akan belajar bahawa melakukan kesalahan secara tidak sengaja adalah tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta maaf dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan.

Berilah pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha melakukan sesuatu. Perkara itu perlu dilakukan selalu dan segera untuk memberikan kesan. Contohnya, beri pujian pada anak yang mencuba untuk menyuap makanan sendiri walaupun tumpah dan comot. Dengan cara ini mereka akan lebih bersemangat dan tekun mencuba melakukan atau mempelajari sesuatu.Berbeza pula dengan memberi ganjaran apabila anak melakukan yang terbaik. Hal ini akan memberi tekanan kepada mereka untuk melakukan hanya yang terbaik.Elakkan juga daripada hanya menegur anak apabila melakukan kesilapan. Perkara ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka. Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendiri kerja di depan anak. Contohnya, jika anak menyepahkan mainannya, kita harus memimpin tangan anak, melutut pada lantai melakukan permainan menyimpan mainan sambil berkata “sekarang masanya untuk menyimpan mainan kamu.”Galakkan anak berkreatif secara bebas.

Jangan mengongkong anak dengan satu cara melakukan sesuatu. Contohnya, meminta anak melukis rumah mengikut bentuk yang biasa kita lukis. Semua kegiatan seni dan estetika baik untuk meningkatkan keyakinan mereka. Hargai hasil kerja anak dengan mempamer atau merakam aksi mereka.

Menggunakan disiplin secara positif. Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupan seharian mereka berdisiplin. Masa untuk kegiatan harian mestilah tetap dan tidak selalu diubah. Contohnya, masa makan dan belajar. Anak akan rasa lebih yakin, berdisiplin dan terdidik. Islam juga mendidik untuk mempunyai disiplin diri tinggi seperti solat dan puasa.Mengasuh dan mendidik anak adalah amanah Allah yang memerlukan komitmen tinggi dan berpanjangan. Apapun ia sememangnya sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kita mempunyai ilmu untuk melakukannya.

Perkongsian pengalaman dan ilmu keibubapaan sangat praktikal dan berharga. Ia mestilah sentiasa dipupuk dalam masyarakat supaya kita dapat membina anak yang lebih bersedia untuk menjadi khalifah Allah di bumi ini.